ritu kawan aku taza tetiba wechat aku kasik gambar2 lama kitaorang...time study zaman uitm dulu...

tengok2 balik kelakar...cepat je masa berlalu. dulu aku terkenal dengan suka ilang dari kelas. sampai bila lecturer panggil nama aku bebudak laki durjana ni jerit2 dalam dewan "drop drop!"

hotak ko sejak bila aku drop subject..hempok kang!

dan aku yang paling vogue! vogue mende sangat, pakai lipstik dan high heels je. orang pakai baju kurung aku pakai skirt labuh + blouse. tu pon jadi isu sebab pakai heels.. tapi last2 korang jugak pakai heels dan lipstik kannnnnnn...well, aku tak kisah. janji kita kawan..

siap ada club "bujang" lagi..kekononnya no boifren la..ada tag eh..gantung ngan student card. gilo ke ape..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU PRESIDEN CLUB TU! hhahahahaha. 
Vongok..tak kelakor!


kat cameron highland. buat report pasal how they process the tea leaves.


muka tenuk masing-masing..

annual dinner....geng buat persembahan ni yer... kiri sekali tu la taza, penyanyi..yang lain menari ala kayu! lagu siti nurhaliza...tajuk lupa..

masa present thesis kot...

masa kelas...bergambo dulu............

seronoknya dok kat kedah ni selain dari dok bawah ketiak en.suami, ialah pemandangan sawah padi dia yg menghijau gitewww *addoiii, mata pedih pi tenyeh ngan tangan bau cabai..pedih hoiii*

sambung balik citer..dah lama aku tingin turun ke batas sawah dan amik gambo yang nampak hijau2..aku kan suka hijau...mendamaikan...tu la kan suami kalau dah sayang isteri hargai la dia sebaik2 nya...erk, pesanan utk aku jugak. dia bawak aku g turun sawah..hahahahha

suka!!!! pandai dia cari port...tak terpikir lak aku nak bergambar kat kawasan tu.




abaikan muka yang macam coq badak tu..sebab tu aku tak suka pakai tudung awning dah skang..baik pakai tudung bawal or shawl je..senang....

owh..bila citer pasal tudung,tingat aku g inteview utk sales manager kat hotel ni. yang tebiu aku ni director dia lah..sempoi je..macam kawan2 je..dia bg tips la how the job will look like, what i need to do bla bla bla..

mai tang satu part dia cakap "tudung tu nnt kena la ubah sikit"...aku ingat sebab aku selempang sampai nampak dada, so nak kena bersopan lagi sebab hotel tabung haji kan..

sekali dia kata "bukan tutup dada, pakai la yang STYLO sikit" 

amik, aku bantai gelak depan dia....yerlah, pandai kan g tebiu pakai tudung cap kangaroo RM5...keh3. sejak bersuami ni, aku dah malas dah nak vogue macam dulu. first en.suami tak izin la kan. second aku rasa macam sempoi sangat je padahal bukan ke mana pon. dok kat pekan Jitra je pon..so t-shirt sudeyyyyy

tu pon mak aku bising, dia kata sejak aku kawen aku tak jaga penampilan..*pang!!!* takut mata laki sakit...hahahahah...

tapi aku rasa tak dapat kot keje tu..hahahha,takpe aku percaya rezeki Allah.mesti ada hikmah yang tersembunyi.


minggu lepas aku ngan hubby g Johor. bantu abg aku wat bisnes dia. dia minat nak bisnes kuih loyang. kat sana tak panggil kuih loyang, dorang istilahkan kuih GOYANG or kuih ROSE. aku tak tau eh...pes time tahu ni.masa nak pergi tu, aku bgtau kawan aku shikin, aku nak g johor nak meniaga loyang. kawan aku ni pon support ye ye je tau.

masa pergi tu aku ni kononnya nak give support la to my brother staff. sekali kaw, staff dia lagi kebabom dari aku.  aku bgtau hubby "abg, jom kita balik. budak ni lagi kecoh dari kita" ngah3..

kitaorg g kedai to kedai la. setakat nak wat muka tebal 3 inci, InsyaAllah takde hal even staff abg aku ketebelannya adalah 10inci. pheww! siap amik gambo letak kat fesbuk. promo katakan. masa aku upload kat fesbuk tu la si shikin ni leave comment kat fesbuk " lah, ang buat kuih loyang ka. aku ingat loyang buat kuih!"

ingat aku je salah cakap, staff abg aku pon sama. kawan2 dia ingat dia nak jual loyang buat kuih..kah!



75 kotak in total. patah pinggan yer tolak, angkat, letak!


kuih loyang ni kilang dia kat Aloq Setaq ja. lainnya kuih loyang ni sebab dia dibuat dari madu + bijan. tapi rangup rapuh wa cakap sama lu. kalau ko makan sambil2 tgk tv, sekejap je abih. mmg leka..kuih loyang berhantu...so tak yah tunggu hari raya baru nak menggagau cari kuih loyang ni. santai2 pon boleh wat makan. sapa2 nak try g cari area JB, in planning nak masuk daerah lain. tapi at the moment byk kat JB la.

nah, ini namecard geng2 Johor. Try kol Lynn tu dulu, tak dapek, baru kol number bawah2 tu


tapi bukan senang yer nak mula bisnes ni. kalau hati tak kental, muka tak mcam roti canai 10inci, jgn harap leh bertahan. aku g macam makcik2 jual kuih tu..dalam plastik merah besar gantung kat tangan..jalan ke kedai2...promo satu2. time tu hubby aku dan staff abg aku ada..so ketebalan muka 10inci tu dikongsi bersama. kitaorg siap masuk kedai cina pekuang mana ntah, siap tak layan lagi eh...siap cakap "TAK MAU" depan2 staff2 indon dia..staff dia gelak2 je...takpa2..wa no hal...cabara beb cabaran!

tapi stafff abg aku kan rawk, dia balas balik secara lemah lembut "takpe uncle, u tak mau takpe.i kasik u jgk FREE. ini name card i. kalau u takmau u jangan buang depan i tau, u buang belakang i.TQ"

kah! aku bantai gelak..orang berbudi kita berbahasa, orang takde budi, kita bahasakan dia...hambek pantun aku..keh3.tapi dia je la aku jumpa yang moody pon. yg lain very good..

sentiasa think positive, yang bulat tak dtg golek2, yang pipih tak datang layang2..