few weeks back ex-housemate aku datang meronggeng rokiah sama aku. plannya dia nak mai penang dok kat umah sewa aku yang kat penang tu. So dia beli tiket flight mai penang on Decermber, tapi dia beli in July. beli awal kan murah. tapi mmg murah pon. RM98 pergi balik...huh, murah bangat naik Firefly.

tapi nak jadi cerita aku resign bulan 8..hah, nak tak nak die kena mai la umah aku kat Kedah ni. takpelah takde rezeki nak melepak seminggu kat penang. tapi Alhamdulillah en.suami bagi izin kat aku g teman member aku ni ke Penang..bhahahahaha...suami bagi izin, yabadabeduuuuuuuuuuuuuuuuu..




"tapi ingat sikit b tu dah jadi isteri abg. Jangan dok tak tentu hala sangat" yerlah yerlah..


tapi mende sangat aku nak yabadabedu kat penang tu.aku dok since 2009 sampai 2013..nak muntah dah aku tgk penang tu..so, aktiviti kitaorang ritu makan,makan,makan...sekali tu g tengok wayang kat Gurney Plaza, citer Frozen.

sebelum enjoy dalam wayang, beli bahan melantak dulu. amik kaw2 punya macam kan tak makan seminggu.

abih movie tu kitaorang kuar ikut pintu masuk sebab emergency nak ke toilet.takde maknanya nak ikut haluan exit kat bawah tu, mau bersepah kang. masa kuar aku follow belakang member aku. aku tgk ada benda putih melekat celah bontot kawan aku..panjang dan keras gitu..terjojol kuarnya..

aku terus cover bontot dia sebab belakang kitaorg ada bangla cleaner 2-3 orang, taknak la depa nampak..pastu aku cepat2 lari cabut benda tu..member aku melompat terkejut.



TISU!!!




aku bantai gelak bergegar wayang tu..pedulik la..apa ke sengal kawan aku ni.yakin gila jalan kuar tapi tak perasan tisu kuar celah bontot! bongok siot, tisu wayang kan jenis keras tu.betul terpacak kuar dari bontot and so obvious....

terus tingat cite lawak ni:



Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi….bip…bip….bip…. Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, “Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set….” Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.
Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.
panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp…”
Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, “oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan telefon
Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian…”Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni…?” Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah
kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya…”kertas apa yang terjuntai kat celah tu…?”
Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer….”Oh saya baru terima Fax……”

taza, aku tak tau pon ko tanam mesin fax kat bontot ko! wakakakakakakkk....


laki aku ni ada satu peel suka sangat TERtido kat hall. sebab dia ni megik..even tengah sembang ngan aku dalam tepon pon tetiba aku dengar dia berdengkur...see, dalam aku dok pot pet pot pet tu..aku jerit la ABANGGGGGGGGGGG!!! HHHOOOIIIII!!...takde kesan, maka aku letak je la tepon,layan tenet lagi bagus.

kadang2 pegang phone tgh browsing tenet, tup2 aku tengok tepon tu slowlyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy menyeget...bhahahahaha, time ni aku suka menyakat dia...

tak pernah aih aku jumpa orang megik macam dia. bila aku bebel2 dia jawab nak wat macam mana, dia TERtido, tak leh elak...aku cakap bila rasa nak tido cepat2 masuk bilik, ni tak biar aku tido kawal katil sorang2...nak jugak rasa kaki atas perut dia, baru nikmat tido tu terasa.

bila aku suruh masuk bilik, dia cakap dia nak tgk TV. tapi tak sedar2 yang TV dok tgk dia selama ni. ada sekali tu aku jaga pukul 330am tgk bagus punya tv terpasang yang dia mimpi indah dah..aku panggil dia patpolohpat kali, dia terkejut terus bangun pegang bantai...bangun terus eh, mcam suara aku petir lak kan...

pastu pandai pon masuk bilik...menonong cari port melanding...

sok paginya:

suami :     abg terkejut sangat semalam masa b gerak abg?
isteri  :      awat? suara b kuat sangat eh?
suami :     dakkkkkkk, abg nampak ibu tebuan mai gerak abg...





































BHAHAHAHAHAHAA....LAWAK KASAQ NAMPAK!!!!

baju ni aku pakai malam tu..mentang2 la kuning itam kannnn!

ritu kawan aku taza tetiba wechat aku kasik gambar2 lama kitaorang...time study zaman uitm dulu...

tengok2 balik kelakar...cepat je masa berlalu. dulu aku terkenal dengan suka ilang dari kelas. sampai bila lecturer panggil nama aku bebudak laki durjana ni jerit2 dalam dewan "drop drop!"

hotak ko sejak bila aku drop subject..hempok kang!

dan aku yang paling vogue! vogue mende sangat, pakai lipstik dan high heels je. orang pakai baju kurung aku pakai skirt labuh + blouse. tu pon jadi isu sebab pakai heels.. tapi last2 korang jugak pakai heels dan lipstik kannnnnnn...well, aku tak kisah. janji kita kawan..

siap ada club "bujang" lagi..kekononnya no boifren la..ada tag eh..gantung ngan student card. gilo ke ape..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU PRESIDEN CLUB TU! hhahahahaha. 
Vongok..tak kelakor!


kat cameron highland. buat report pasal how they process the tea leaves.


muka tenuk masing-masing..

annual dinner....geng buat persembahan ni yer... kiri sekali tu la taza, penyanyi..yang lain menari ala kayu! lagu siti nurhaliza...tajuk lupa..

masa present thesis kot...

masa kelas...bergambo dulu............

seronoknya dok kat kedah ni selain dari dok bawah ketiak en.suami, ialah pemandangan sawah padi dia yg menghijau gitewww *addoiii, mata pedih pi tenyeh ngan tangan bau cabai..pedih hoiii*

sambung balik citer..dah lama aku tingin turun ke batas sawah dan amik gambo yang nampak hijau2..aku kan suka hijau...mendamaikan...tu la kan suami kalau dah sayang isteri hargai la dia sebaik2 nya...erk, pesanan utk aku jugak. dia bawak aku g turun sawah..hahahahha

suka!!!! pandai dia cari port...tak terpikir lak aku nak bergambar kat kawasan tu.




abaikan muka yang macam coq badak tu..sebab tu aku tak suka pakai tudung awning dah skang..baik pakai tudung bawal or shawl je..senang....

owh..bila citer pasal tudung,tingat aku g inteview utk sales manager kat hotel ni. yang tebiu aku ni director dia lah..sempoi je..macam kawan2 je..dia bg tips la how the job will look like, what i need to do bla bla bla..

mai tang satu part dia cakap "tudung tu nnt kena la ubah sikit"...aku ingat sebab aku selempang sampai nampak dada, so nak kena bersopan lagi sebab hotel tabung haji kan..

sekali dia kata "bukan tutup dada, pakai la yang STYLO sikit" 

amik, aku bantai gelak depan dia....yerlah, pandai kan g tebiu pakai tudung cap kangaroo RM5...keh3. sejak bersuami ni, aku dah malas dah nak vogue macam dulu. first en.suami tak izin la kan. second aku rasa macam sempoi sangat je padahal bukan ke mana pon. dok kat pekan Jitra je pon..so t-shirt sudeyyyyy

tu pon mak aku bising, dia kata sejak aku kawen aku tak jaga penampilan..*pang!!!* takut mata laki sakit...hahahahah...

tapi aku rasa tak dapat kot keje tu..hahahha,takpe aku percaya rezeki Allah.mesti ada hikmah yang tersembunyi.


minggu lepas aku ngan hubby g Johor. bantu abg aku wat bisnes dia. dia minat nak bisnes kuih loyang. kat sana tak panggil kuih loyang, dorang istilahkan kuih GOYANG or kuih ROSE. aku tak tau eh...pes time tahu ni.masa nak pergi tu, aku bgtau kawan aku shikin, aku nak g johor nak meniaga loyang. kawan aku ni pon support ye ye je tau.

masa pergi tu aku ni kononnya nak give support la to my brother staff. sekali kaw, staff dia lagi kebabom dari aku.  aku bgtau hubby "abg, jom kita balik. budak ni lagi kecoh dari kita" ngah3..

kitaorg g kedai to kedai la. setakat nak wat muka tebal 3 inci, InsyaAllah takde hal even staff abg aku ketebelannya adalah 10inci. pheww! siap amik gambo letak kat fesbuk. promo katakan. masa aku upload kat fesbuk tu la si shikin ni leave comment kat fesbuk " lah, ang buat kuih loyang ka. aku ingat loyang buat kuih!"

ingat aku je salah cakap, staff abg aku pon sama. kawan2 dia ingat dia nak jual loyang buat kuih..kah!



75 kotak in total. patah pinggan yer tolak, angkat, letak!


kuih loyang ni kilang dia kat Aloq Setaq ja. lainnya kuih loyang ni sebab dia dibuat dari madu + bijan. tapi rangup rapuh wa cakap sama lu. kalau ko makan sambil2 tgk tv, sekejap je abih. mmg leka..kuih loyang berhantu...so tak yah tunggu hari raya baru nak menggagau cari kuih loyang ni. santai2 pon boleh wat makan. sapa2 nak try g cari area JB, in planning nak masuk daerah lain. tapi at the moment byk kat JB la.

nah, ini namecard geng2 Johor. Try kol Lynn tu dulu, tak dapek, baru kol number bawah2 tu


tapi bukan senang yer nak mula bisnes ni. kalau hati tak kental, muka tak mcam roti canai 10inci, jgn harap leh bertahan. aku g macam makcik2 jual kuih tu..dalam plastik merah besar gantung kat tangan..jalan ke kedai2...promo satu2. time tu hubby aku dan staff abg aku ada..so ketebalan muka 10inci tu dikongsi bersama. kitaorg siap masuk kedai cina pekuang mana ntah, siap tak layan lagi eh...siap cakap "TAK MAU" depan2 staff2 indon dia..staff dia gelak2 je...takpa2..wa no hal...cabara beb cabaran!

tapi stafff abg aku kan rawk, dia balas balik secara lemah lembut "takpe uncle, u tak mau takpe.i kasik u jgk FREE. ini name card i. kalau u takmau u jangan buang depan i tau, u buang belakang i.TQ"

kah! aku bantai gelak..orang berbudi kita berbahasa, orang takde budi, kita bahasakan dia...hambek pantun aku..keh3.tapi dia je la aku jumpa yang moody pon. yg lain very good..

sentiasa think positive, yang bulat tak dtg golek2, yang pipih tak datang layang2..




tadi datang mood rajin.mungkin semalam ada moment indah kot...wakakakakakak!!!

aku kemas luar umah, aku cabut rumput dan pokok..pokok ke yang kecik cenonet tu. ntah, aku tanam rumput karpet, tapi ada jugak yang nak menumpang. so aku cabut..nyemak je...

masa dok cabut2 tu, aku nampak ulat kecik2, macam ulat apa eh nak kata. tapi die gerak sekali. macam mana nak cakap, ulat tu warna tanah tapi jernih dan pala itam, pastu dorang ni melekat to each other dan gerak sekali, geli weh..aku type ni pon terpacak abih bulu2 yang ada kat badan aku ni..eeeiii geli!

ulat apa ntah, pes time tgk. selama ni dok umah tinggi, sekali dok umah atas tanah macam2 lak aku jumpa.haissshhh..so memandangkan pala otak aku ni terlalu advance, pikir macam2, ulat tu nnt masuk umah la, wat sarang la, naik atas kaki aku ler..yada yada yada...

RIDSECT terus! aku sembur sampai mampus!..ada sekor meletik2 pon aku sembur sampai berasap muka aku.kucing aku pon lari bersepah tgk tuan dia. tu pon tak puas ati, aku sembur lak ngan air...pastu tak tau apa jadi, aku tak tgk dah..geli..anggap je dorang dah mampus.

aku try gugel,tapi tak gamak nak tgk gambo ulat lama2..kang aku tak makan nasik kang...

weh, aku tanam pokok sirih, hidup!! kuar tunas dah..hahahah.selama ni aku pikir tangan aku ni ada api, asal pegang pokok je mampus, asal pegang pokok je meninggal. rupanya idak.alhamdulillah..aku suka sirih sebab nak buat habuan basuh girlgirl...tak faham girlgirl tu apa? tak faham sudah! mihmihmih



labah2 sedang aktif membuat sawang kat blog..walaweii, gila malas nak update blog sejak2 ada instagram..

huahuahaua..salahkan instagram yer.

aku kan tak keje skang, so skang jual lotion dan bercadang nak buat kek or cookies. i love baking, but i hate cleaning up things after baking. so satu hari nnt aku berjaya InsyaAllah aku announce jawatan kosong untuk tukang cuci pinggan mangkuk nooo. keh3...

ni cuti sekolah ni anak sedara aku mai kedah, bawak la g Bukit Wang. nak swin sangat kan, aku bawak g dalam hutan, mandi la kat situ. tempat aku berkelah ngan family masa kecik2 dulu. syok woo dlu, tgk air dalam je dulu.skang dah besar panjang(panjang ke aku?) tgk tempat dlu hokaloh cetek je..paras dada itik je

anak sedara aku si Loqman tu kan pakai pampers, aku ingat nak suruh main2 kat gigi air je, setakat basah sikit2 no hal la..sekali dia menjunam jatuh, abih basah..dah berendam tu, budak kecik ni dok pegang2 pampers, berat masuk air rupanya...aku bukak pampers dia, sekali haaa kau, patut kawan tu jalan itik. penuh ngan air sampai kembang!

nasib la ikan2 dalam tu, telan air kencing budak kecik tu..wakakakak!!









setelah ditinggalkan terkontang kanting oleh suamiku demi mengharumkan nama universiti, kini suamiku ingin pulang..owh abaikan skrip jiwang ni..mode Mr. Arrogant still activated.

haaa, melampau-lampau tau pi main game sampai 10 hari..agak2 la..jiwa kacau suami2 disana dan isteri2 disini tau..if u know what i mean...hahahahah

zara: "abg cuba la balik sok..lama sangat kot. tak larat la dok sengsorang lama2.*ayat pancing je tuh*
mr.arrogant: "ha tu la..pengurus tgh cuba adjust so team kami leh balik sok"
zara: " kalau tak boleh, abg ngan ngan geng2 abg wat2 la hentak2 kaki kat lantai ker, guling2 sikit.."
mr.arrogant: " haaaaa, semalam dah buat dah.dah hentak2 kaki..siap tenyeh2 muka kat lantai mintak balik awai"

ish, meluat la aku cakap ngan mamat ni..aku wat ayat nak gempak, dia buat ayat sepoloh kali gempak..belajar dari aku ni, tapi skang dah master dari aku..tak leh jadik ni..kena g menuntu ilmu lain nih....

owh..tadi aku g sepital alor setar, teman pak long aku check mata..mata orang tua kan, dia tak nampak katanya, semua nmpk kembang je....aku sampai dalam 945am gitew..siap pkul 130pm..pffttt!!

bergerutu bontot tunggu kat luar..siap ke hulu ke hilir cari air..aku g cafe sepital tu..ermmm, tak ramai orang so tak de issue..hahaha

cuma masa beratur nak byr tu ada sorang akak ni, mai sedap dia je potong Q, macam kan dia sorang nak cepat2 bayar.aku pon nak cepat bayar gak, kematu kot dok lama2 kat sepital tuh.tapi takpe kita maafkan..jangan melaser tak tentu pasal..anggap je dia nak bwk minuman tu utk pesakit...

beli teh ais, ada la minum 4-5 hirup je..pastu ke tong sampah jawabnya..bukan tak sedap..ok lah tapi bersusu sangat aku rasa kembang je tekak aku...

tapi insaf la tengok orang2 yang datang sepital..tua-tua, makcik2 pakcik2..berkerusi roda, jalan bertongkat, capik2, cacat pon ada..ada baby g check mata jugak..nurse suluh torchlight direct to the eyes, meraung budak tu..kesian...yang datang aku tengok semua macam orang susah2..menuggu turn sampai tertido2, angkut anak sekali pon ada...seb baik nurse kat situ aku nampak ala2 ramah, sejuk la sikit hati pesakit ni kan..terasa la seperti dihargai..

macam pak long aku, dia kata mata dia dah tak leh nampak elok dah, jalan pon rasa macam goyah je..doktor cakap mata tu takleh watpe dah..just titik ubat dalam mata dan doktor mintak datang balik bulan 3 thn depan! pak long aku ni datang dari kulim naik bas..alone..umur 70++ kalau tak silap...insaf sekejap aku...

aku terpikir, macam mana hari tua aku nanti.. harap umur aku dan suami aku panjang dan sihat sejahtera...InsyaAllah

aku ni dari dulu peyed tak pernah betoi..ikut suka dia nak mai bila..tapi tepat 7 hari la...bila peyed tak mai susah la aku nak tgk hari2 subur ngn tak subur..susah jugak la aku nak budget peyed aku kan..

nak makan pil perancang byk sgt kesan sampingan dia..abg aku tak suggest...pastu one day kawan hubby aku suggest amik makjun sebab bini dia kata makan katanya ok..leh perbetul peyed...

aku gugel dan gugel..dia kata takde kesan sampingan, yang penting badan tak naik...itu point penting tu...

aku pon beli 2 botoi dan kak tu cakap makjun ni panas dan kena minum byk air..ok noted! baru makan separuh botol, badan aku mmg tak letih..cergas je...

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....muka aku naik jerawat dan aku kuat makan.ya ampun!!!! jenuh tenyeh lotion panas aku tuh..seb baik bantu lawas, takde la aku bertukar menjadi belon sangat...

tapi tang jerawat, phewwww!!! pastu redung datang menyerang tetiba..tak tahan aku cakap sama korang..terus aku stop..jerawat sampai skang masih ada dan resdung pon masih mengganas...nyesal wa cakap sama lu..nyesal!!!

so sapa2 yang bercita-cita nak makan makjun pikir patplohpat kali dulu yer..tak semua badan leh terima makjun..yang leh trima bravo..yang tak leh trima vrrrommmmmmm cepat2....aku takde niat nak jatuhkan bisnes sapa2..maybe badan aku tak leh terima makjun...tapi kalau korang mmg kuat minum air kosong, mungkin ni takan terjadi kat korang..aku ni bukan suka minum air kosong...sebab tu bdan aku reject abih kot..muahahhahaah

aku tak nak mention makjun yang aku makan tu..tapi kalau dah kata makjun, mana2 pon sama la kot..tak tau la kot ada makjun yang takde kuat sgt kesan dia, maybe mahai sikit yg tu yg baik kot....skang dalam proses ilangkan jerawat dan resdung..tak pasal2 je tau....



ehsan makcik gugel.tanda pangkah sendirik buat..mauhahahah




aku tak tau sgt pon khasiat sirih apa..yang aku wangi..hahahahha

takde ah..sirih ni aku wat satu je..rebus dan basuh eeee hok eee hokkk...faham2 la yer...


try la amal...dah la wangi satu toilet, ee hok ee hok pon wangi...malas toi la aku bagi tips bab2 org kawen ni..byk norr words terlarang...hahahha

hope ampa faham dan selamat beramal...then rasakan perubahan nya sendrik...
ni citer throwback..kisah lampau yang tak lampau sangat. ada la hari sabtu lepas...

ni tuan umah..eh bekas tuan umah kat penang tu...wat onar pulak boley...

kisahnya water heater dan peti ais dia rosak..masa aku masuk ok je la..masa kuar rosak..ok no hal..kita ketepikan dulu bab tu..*wah, macam main masak2 lak.*

masa aku masuk umah tu 2009, umah tu ya rabbi..kotor ok..kotor!!! geli aku..mak aku ngan aku dok menyuci..tenyeh la tenyeh segala daki2 tinggalan berapa kurun tu...

umah tu rasanya umah contoh sebab semua ada..lengkap..peti ais dan water heater pon ada..tapi peti ais tu aku cakap la..tak sejuk! rini beli cabai hidup simpan dalam peti, sok tengok dah lunyai...kalau nak wat ais batu, kejung la tunggu ais tu jadi batu..silap2 aku yang jadi batu...sampai la hayat dia di hujung tanduk langsung tak sejuk..aku inform tuan umah..aku cakap nak wat macam mana ni? dia kata takpe tinggalkan je..fine, aku beli peti ais baru...last2 jadi aku punyer jgk..sejuk pon sejuk kan...

dalam thn lepas kot, water heater tu tetiba lak leh rosak..tak sejuk dah..ampa tau tak, water heater tu tinggalan zaman jepun punya! gi hantar kedai pon, depa tak leh watpe.nak citer tak reti rupanya macam mana. mmg zaman tok kadok punya la pendek citer. kalau aku bagi kat tenterea jepun pon aku rasa depa jerit kamikaze ramai2...

umah tu umah lama...segala2 nya BURUK! haaa, kan dah aku menyumpah ni...aku jaga elok2..yg mana pecah aku ganti..saluran sumbat pon aku rodok2 sampai elok..kepala paip layu di tasik madu, aku g beli baru..sinki jammed, aku bukak kasik clear..lampu lip lap lip lap pastu tak nyala langsung pon aku ganti baru..ada aku charge? FREE of CHARGE wahai tuan umah..langsir berkurun tak tukar, aku basuh...siap tinggalkan lagi langsir aku nyer...tilam pon dah lunyai..sekali duduk, besi2 tu siap cucuk2 belakang aku.belom citer bab hama..abg aku siap offer beli tilam baru, tilam tuan umah buang dalam sungai, kasik ikan lak kena gigit ngan hama..nnt pindah abg aku ckp tinggal je tilam baru tuh...

dalam hati aku "banyak cantik tuan umah dapat tilam baru"..sori la...takde2...aku belom baik ati gitew lagi.

dah la masuk2 tu tup2 aku kena byr bil air RM12 mana mai ntah...bila tny dia jawab "eh umah tu mmg takda org duduk." dah tu mana mai bil bulan lepas punya RM12..takan aku duduk bulan lepas aku tak perasan..?..ok takpe2..aku byr..pejam mata je la...RM12 je pon!

masa kuar pon aku cuci elok2..kecuali water heater yang dah rosak tu la.aku tak sangkut balik la, just letak dalam toilet je...

last saturday aku tny dia bila nak byr deposit..dia jawab dia terlepas pandang...pastu dia kata die terpaksa tolak sikit atas sebab kerosakan...dia tolak RM350! agak2 la wey...time tu aku dah menyirap dah..terlalu lama aku tak menyirap darah macam tu ngan org luar..terlalu lama..aku nyaris2 nak hantar sms balik tulih "apa lak kena tolak sampai rm350. water heater tu mmg dah buruk"..seb baik tak hantar..kang jd isu lain plak..aku copy sms tu dan forward to laki aku. aku mintk dia kol.

amik kesempatan ke apa? tang cini citer menarik bermula:

laki aku kol...tny nape kena tolak sekian2...maksud aku RM350. byk ok...laki aku defends la, water heater tu pesen lama..sy nak baiki pon tak leh dah bla2...masa ni laki aku ckp masing2 taknak beralah, dua2 bercakap at the same time. still cakap baik la..cool je...kedebuk kedabak dlm tepon pastu tuan umah kata "ok, kita jgn ckp pasal water heater",,haa tau pon water heater tu mmg tunggu masa nak meletop je..

ayat laki aku " kalu cik mintak belas ehsan kami, kami pon nak mintak belas ehsan cik jugak.kami byr Rm150 je la.." "kalau saya tahu, baik saya baiki sendrik peti ais tu"..sungguh aih, masa aku kol pasal peti ais rosak, ko ckp biar je..skang pandai main byk alasan lak..

pastu yg tak pasal2 ni dia cakap dia kena tanggung kos cat itu ini rm1k++...laki aku ni kan baik ati. ditanya nya elok2 "cik ni nak mintak kami tanggung kos apa lagi ni? cat sekali ke?" dia jawab " owh, tak saya cuma bercerita je"

owh bercerita ker? kalau aku yang bercakap tepon ngan dia, aku akan jawab " apa kena mengena kes cat umah ngan i? tu umah u, anything yg u buat ngan umah tu bukan masalah i.bukan i rodok umah u pon, i tinggal elok2 je"..seb baik bukan aku yg cakap..

pastu yang sakit ati, dia kata "takpelah, saya bgtau je.kalu cik samsul tak nak byr pon takpe"..

amboi enaknya skrip!...kalau aku yang jawab "takpelah..amik RM50 tanda kesian dari saya"

nasib baik la bukan aku yg cakap..aku ni kalau marah ayat aku memang datang dari mulut setan..tak leh kontrol.

takpe..aku nak tunggu duit deposit api air..semua bil aku simpan..aku tak byr bil bulan aku kuar..ada tertunggak la..no hal..masa tu la aku akan cakap "received with thanx.btw duit air RM12 yg dtg tetiba masa saya BARU masuk tu saya halalkan"..halalkan ker? mcam marah je lebey..hahahahahaha

tuan umah oooo tuan umah..



Alhamdulillah...Oriey Slimming Lotion dah sampai ke Brunei. terima kasih kepada pembeli...huhuhuhu

first time dpt order from oversea..mana aku tau bab2 proses duit ni. elok sangat dia nak beli, last2 aku tny dia balik macam mana nak beli..mueh3...dia lak ajar aku bab2 pakai western union ni

senang je eh..bg nama penuh dan IC penerima, pastu leh pi amik kat bank.ritu aku amik kat BSN. cepat je...tak byk songeh

tapi mula2 aku g Maybank..ingat kat Maybank ada

receptionist: ye cik?
aku blur     : cik, sy nak tny pasal western life? *tetiba lagu i'm flying without wings sayup2 kedengaran di telinga aku* 
receptionist : western union yer? kat cini takdak cik. cuba tgk kat bank2 lain macam CIMB ker
aku blur      : ya ka? ok2 tq.. *sambil berjalan reverse ke belakang dengan senyum paling manis*

western life? apa kes ntah pi sebut western life...bunyi seakan2 group westlife aku suka tu kot..citttt, malu je..seb baik tak dak orang kat situ...

so, aku g amik kat BSN je la..sekejap je..even aku rasa macam rilex je akak2 kat kaunter wat keje..hentam je la..janji dapat duit aku.

masa tengah menuggu proses tu aku dengar sorang makcik ni nak check akaun bank die yang kena tolak duit.

akak kaunter  :  ni insurans kot makcik
makcik           : tak tau la..depa kol, depa mintak number IC makcik..makcik bagi la..pastu tetiba ada tolak duit.
akak kaunter   : haa, insurance la kot.kalu makcik nak kensel boley jugak.kat meja depan tu ada sorang pompuan duduk, dia boleh buat. 
makcik            : *pusing tengok belakang kat meja yg akak tu tunjuk*
akak kaunter   : tapi dia tak mai rini! 

blur sekejap aku pon. cara cakap macam akak tu mmg ada kat belakang. begitu menyakinkan sampai aku pon nak menoleh ke balakang nak tgk akak yang dimaksukan sbb masa masuk BSN tu aku tak nampk pon org kat meja depan tu kecuali pak guard sorang..kepochi aku pon...

tu la, orang kampung kan. senang diambil kesempatan. orang mintak IC bagi sebab konon2 nya nak selamatkan nyawa la, menang peraduan la..tak baik la wat kat org kampung macam tu.
kesian dorang..explain la elok2 kat depa kekdah nak menolak duit tu pon kan. klu depa nak, ok rezeki korang la dpt makan kominsyen
klu depa tak nak, tak yah la menipu. mentang2 org bndar susah kena tipu, korang pusing target pi kampung.

macam2 la...



semalam aku kuar pakai baju macam ni.. tudung kuning suar woren. laki aku cakap macam rambu ramba!

heloooooo!!! ni namanya tema satu malaysia eh...

tapi disebabkan aku warna warni sangat,pakcik2 makcik2 pandang aku sengetttt je...terang sangat ker? mihmihmih....
takpelah, sebelum ni dok bandar maju terlebih, pakai apa pon orang tak kisah. ni dok kat kampung2 sikit, so orang pandang pelik la...
no hal la, tunggu aku kuar pakai kain batik eh....
aku dah nak pindah dari penang ke kedah dah very soon!

yeay!!! penat ok cari rumah kat Jitra ni, siap tny kat fesbuk, cari kat mudah, gugel yahoo sana sini...
budget rm400 ke bawah...susah ok?! jangan tak percaya, macam Jitra ni most wanted place la plak
tepon sana sini, umah nun jauh ke kawasan kampung, mampus aku takmau, kang apa2 emergency ingat aku nak drive sorang2 tengah2 malam, dengan lampu jalan nan hado tuh? sori...aku tak sanggup!!

kat area taman pulasan, gila byk umah kosong tapi takdak pon yang letak sign kata nak sewa. 
nak cari umah sewa je, cerewetnya laki bini jangan cakap la..macam nak beli umah je..
taknak depan umah ada umah la..
taknak ada pagar kosong between umah la nnt aku segan nak kuar sidai2 kain...
tak nak umah yang depan pintu orang dok main takraw la..
tak nak yang dok dalam hutan sangat la...
tak nak yang takdak lampu jalan la..
tak nak itu...tak nak ini....

super mengada...hahahaha..tapi Alhamdulillah, jumpa jugak.harga ala2 rabak poket jugak..tapi tinggi ckit je la dari budget,kira ok la tuh
tapi proses nak cari umah leh tahan stress la sebab aku nak urgent..lori nak angkat barang dah, umah kat penang nak kena kuar dah...umah sewa cini takdak lagi
plannya nak tinggal barang2 aku kat umah mak aku dan mentua..tapi ritu packing ckit pon dah penuh kotak

aiyak, byk jugak barang aku...so decide jugak nak cari umah sewa, tak larat la nak wat 2-3kali keje kan..why not kita settle terus bab umah..pastu leh fokus kat bisnes kecik2 aku ni

so on! dah dapat umah..depan umah takdak umah orang...kiri kanan adalah tembok batu...umah tak terpencil sangat dan selamat....

betul la orang cakap, kalu hati tak tenang, buat keje semua takan jadi...
aku back to track...yakin dengan Allah, mesti ada jalan...

aku baca satu wirid/zikir ni...dan yakin! dan pasang niat kenapa aku perlu rumah sewa...pegi pusing2 kawasan cari umah ngan suami aku sambil2 baca wirid tu dalam hati

SubhanaAllah, tula...kuasa Allah..aku jumpa umah yang sekali pandang aku jatuh hati even umah tu umah kosong!

well, takpe...kami baru kawen dan kami akan start our own life pelan2...
rezeki Allah Taala bagi...usaha dan tawakal...mesti ada!

yeah, umah dah jumpa...pinggan mangkuk tak packing lagi..langsir tak turunkan lagi...waaa, banyak lak keje nak buat...
dahla aku super allergic habuk..aku mesti akan bersin non stop sampai sakit pala dan lembik..
phewwww, tak sabar nak abihkan keje ngemas ni..


 

tajuk tak hingat kan? gemuk pon ada jenis dan kepelbagaian..
gemuk ni bukan lemak semata2..ada yang gemuk angin and gemuk air

kita selalu dengar org cakap "hoooi, ternak lemak ker?"...lemak tu lemak la, tapi ada jugak org gemuk angin or air..ada beza ni..org gemuk air paling syiok la..gemuk air paling senang nak turun klu dia diet betul2...gemuk angin pertengahan...

gemuk lemak tepu ni mmg kena struggle ckit la klu nak kurusnya..kena diet secara berhemah
setiap orang tindak balas badan adalah berbeza..ada yg diet tak makan, leh kurus
ada diet tak makan malam leh kurus
ada yang makan melantak tapi tetap kurus
ada yang tak makan, jaga makan segala, badan tetap montel...see, tak semua orang adalah sama

so pentinglah sangat korang listen to your body..kena ingat tak semestinya orang lain tak makan leh kurus, ko pon ingat leh kurus jugak..macam produk kurus2 ni byk kat pasaran, mungkin si A makan tak menjadi..tapi si B makan, eh kurus keding!

so listen listen listen to your body.

klu nak tahu ciri2 gemuk ni cer baca ni. pastu tgk diri sendiri category apa.

Gemuk Air ( ni paling cepat turun klu diet)
  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

Gemuk Angin (pertengahan kalau diet)
  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

Gemuk Daging (perlukan diet yang konsisten)

  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
so sapa tak nak kurus kan..semua orang nak kurus dan cantik...tapi cantik tu subjektif, cantik luar or cantik dalam..tapi tak salah kalu kita nak jaga penampilan supaya kita lebih konfiden..tapi jangan lebih konfiden kang tak sedar diri lak..huhuhuhu

So aku keluarkan Oriey Slimming Lotion ni...ingredients nya semua dari bahan2 semulajadi (limau purut, serai dan halia)

satu jaminan, klu korang jenis banyak angin macam aku ni, mmg keje korang kentut or sendawa..lama2 badan korang akan rasa ringan sangat2..alhamdulillah...

aku jual skang dengan harga RM50 (free sabun aura terapi)..tak salah mencuba..klu korang betul2 disiplin dan sedang program diet, aku suggest pakai dengan sekali lotion ni..klu tak diet pon, badan korang akan maintain sebagaimana sekarang la sbb insyaAllah lotion ni akan bantu bab2 lawas...

pakai korset? lagi bagus..lagi cepat hasil..jangan risau, lotion ni memang tak melekit, so jangan risau bab2 kotorkan baju ke apa ke...

tapi lotion ni panasssss, so pas sapu sila basuh tangan.kang bersilat aku tak tau...aku saja mintak buat panas sbb pada aku bila pakai lotion panas sangatlah puas ati...

banyak lagi khasiatnya..RM50 bukan untuk kurus semata.untuk kesihatan pon iya jugak..sapa2 lenguh2 badan ka, sebu perut ka, senggugut ke..try la pakai.mmg sgt2 sesuai untuk orang muda dan orang tua...

orang tua kan kadang2 badan sakit2 la, sakit sendi la..try la lotion ni..insyaAllah leh bantu..yang penting disipilin dan rajin la yer...

ok, sebarang pertanyaan, sila sms/wassap aku 0164454591..jangan risau, aku rock..hahahahaha




salah satu time doa paling mustajab..time hujan!

berhenti sat..jom berdoa!!!
:
:
:
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok dah!

kawasan taman mak aku ni (taman mak aku ok! ko hado??) kawasan banjir...betul2 belakang umah mak aku is sungai..sungai besar dan dalam.
pernah ada kes anak jiran yang dikatakan ada masalah cikit mentalnya pegi terjun sungai. kes merajuk..Allahualam. meninggal...

skang ni lak musim hujan..ujung2 tahun mmg biasa la kan ujan kan..ujung2 tahun jugak la kami kecut perut tengok air naik ke tak...
penat kot nak kemas umah yang penuh ngan air lumpur..tu belom citer lagi bab nak cuci tapi air macam air kencing kucing je..jenuh menadah air dalam baldi...slow..

tapi harapnya kali ni takdak lah yer..last banjir few years back.lupa dah bila..kenangan tak best, tu yang boleh lupa tuh...hikss

hujan rahmat!..air banjir klu naik takat lebih dari ujung pagar tajam tu...pendek kata, aku ni tenggelam la..pernah jugak redah air takat lutut masa dah surut cikit..takat lutut aku eh..aku kan pendek! tu pon ang leh rasa air tu menolak kuat..scary je

harap2 this time around air tak naik la...letih!! almari gonjeng adik aku tu siap senget2 dah..tapi masih gagah berdiri la...klu jatuh hempap adik aku nasib dia la..hahahahha

nak g hantar kete mak aku g kedai jap lagi..g ketuk apa2 yang senget...kesian kete tu..macam2 sound dah keluar...

COBAAANNNN!!!




Skang musim aku langgar ko, ko langgar aku eh? sana sini aku dgr eksiden...nabila huda pon eksiden..

ritu pas balik dari keje pada hari terakhir, dalam pkul 2pm aku dah cabut balik kan.dah angkut semua barang2 dah..so aku cabut..sambil drive sambil pala ligat pikir pasal gaji dan bos sengal aku

macam mana wat bisnes tapi duit nan hado nak byr gaji?..kata nak jadi ENTREPRENEUR, ni gaya dah FUNDOPRENEUR ni..harap duit orang untuk run bisnes... pastu bgtau aku i cant pump in my own money..haiyooo, not my prob la boss, it is your bisnes not mine...

masa balik tu, jalan macam biasa, kete tak banyak tak ckit..aku ikut highway jelutong ni..smpai kat tempat 'aku tak pernah tau ni', dia macam naik flyover ckit..masa turun tu tup2 kete pakat2 break mencakaq, termasuk la kete aku..rupanya ada orang wat jalan.
yang tukang wat jalan tu pon cerdik pandai..dah ko wat benda betul2 pas turun dari flyover tu, boleh tak ko letak cone tu kat atas ckit supaya drivers kat see it earlier??

aku punya style, aku tak pernah break mencakaq..sebab aku tak nak kete belakang terkejut beruk..usually aku akan pump break..means break then lepas then break then lepas..sampai aku break rapat ngna kete depan supaya kete belakang ada space antara bumper dia dan aku.

tapi aku tgk kete belakang lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu so kete aku dicium jugak akhirnya..Alhamdulillah, kete aku bertemu jodoh jugak ngan kete PREVE!
tapi selamat la jugak sbb aku tak hentam kete depan..so,kete blkg gerak ke tepi, aku pon ikut...dah dengar bunyi macam bumper diseret...sah, bumper belakang aku tercabut...haissshhhh...

dah berhenti tepi, aku terus tengok belakang...laahhh, bumper aku ok..cuma bumper sebelah kiri terkepak masuk dalam.bunyi tadi tu sebab bumper tu dah bergesel ngan tayar...kemudian ada kemek cikit kat bonet. sensor reserve pon tercabut ckit..

ni dah tarik kuar..klu tak bumper ni terlipas (typo tahap apa ntah) terlipat masuk dalam bergesel ngan tayar. nampk kesan tayar tu? 3 line gitew

 ada sedikit kemek...gah toi la PREVE ni...klu aku break mencakaq aku rasa remuk terus kot belakang kete aku

sedikit tercabut...tapi as long as melekat, takpelah..mls aku nak beratkan pala...



memang time ni redha je la..kete PREVE tu calar pon idak..haiyaaaa, keras kong toi la kete proton ni...kete aku siap kemek...

settle lebih kurang  je sebab otak aku mmg tgh blur...aku sorang lak tu, tak terpkir nak tepon laki..seb baik kete tu kete opis gomen, driver nak bawak bos g meeting..hahahah..bos plak sporting abih.cakap baik je..oklah tukar no phone, aku blah...

dah balik umah baru terpikir, apsal tak amik gambar? kang orang tu kenakan aku balik, padan muka. kang dia kata apa bukti i langgar u, kete i takde calar apa pon..mampus..time ni tawakal je la..aku percaya rezeki tu rahsia Allah...dah tu die keje jabatan islam, bos dia ada lak tu..kang wat pasal aku cari kat opis kang...penang tu bukan besar mana pon...cewah, sekali tak jumpa baru tau...

aku suruh laki aku settle, few days later orang tu agree nak bayar...ffuhhhh, lega! Alhamdulillah mmg rezeki aku kami settle secara baik.

few weeks later kete mak aku la eksiden. adik aku pi langgar divider,tayar licin katanya sebab hujan...

terbang rm1k++...hadap la yer...



Dah siap sekali kete tinggi sebelah. masa langgar tu agaknya impact kuat sangat sampai sebelah tu tinggi sebelah. Duit lagi la yer nak g ketuk lak...klu nasib tak baik absorber kena tukar sekali...

nampak tak belah driver tu macam tinggi sikit...nak ketuk tu kena bukak dulu pastu ketuk..pastu sediakan duit...

betul la eh orang cakap..sekali kete kena langgar, pastu siap la..ada je benda nak dilanggar dan melanggar....tp Alhamdulillah la enjin tak effect apa2...

so pandu berhati-hati la yer...sentiasa baca doa naik kenderaan tu which is aku tak baca pon..hahahha
akan aku amalkan...insyaAllah...


semalam aku saja2 senam robik kat youtube. amik channel yang young look korean lady tuh.umur 40++ tapi nampk macam 20++...

nama dia jung dayeon. erobic nampak simple je sekali buat ya ampun!..sakit badan aku sampai sekarang. nampak sgt muscle aku keras kong.baru wat sikit dah melecet sakit.nak tido pon tak tenteram. tgk laki sebelah tido berdengkur pon rasa nak hayun je..jeles!


solat pon takde dah control..kedebang aku terjun terus sujud.

sakit-sakit pon nak kena masak.mak aku nak makan kacang parpu.mampuih aku tak reti masak..hahaha
aku gi beli bahan, aku tlg2 mak aku masak je...
aku ingat dia nak buat kacang parpu je, tokua dia suruh beli 5 keping. dia suruh goreng jangan garing sangat. aku pon goreng laaa. dah siap aku letak dalam piring.

mak: tokua satu je?
aku: ha la tadi kata goreng satu je
mak:satu nak buat apa? mana ckup la. mama kata goreng jangan garing sgt..

blur! tang mana aku dengar dia suruh goreng satu ntah.


i am baaakkk (baca dalam tone arnold schwarzenegger)...lama kan aku biar bersarang blog aku..saja kasik chance labah2 wat keje...

sori la aku busy la lately..busy otak memikir bos sengal aku tuh...ni aku dah quit keje dah

aku g keje isnin (2/9/13)..aku masuk lambat ckit sbb drive dari kedah tp aku inform la aku lmbat sebab aku tau bos aku ada..klu tak, tak kuasa aku nak inform..hahahaha

aku sampai opis, bos dah keluar..tak sempat nak letak beg budak cina dalam opis aku tu bgtau "he said he only received 4k. so tak ckup duit nak byr bil itu ini"

tetiba lagu KRU bergema 'seperti yang ku jangka terjadi, bos aku buat hal lagi'...
aku dah agak dah sebab RM71 pon dia tak leh byr kat aku, apatah lagi gaji sebulan.ok takpa...ko tak byr epf aku, socso, bil segala bagai..ko byr yang penting2 je kan..no problem

aku tunggu bos aku balik, kot la dia nak kata apa2 kan..panggil aku nak berdiscuss ker, takdak yer!
aku geram aku sendrik tny how bout my salary
boleh dia buat muka toya..muka toya!!! toya!!!

pastu salahkan accountant "we dont receive money yet.my accountant make mistake!"
so what do u expect me to do? keep smiling? aiyoooo, i have commitments la to bear..macam u jugak, byr itu ini.
aku geram aku cakap kat dia aku amik unpaid leave je la bulan september ni.sepatutnya last day aku 6hb tapi klu dah gini rupanya, baik aku berambus
nak ulang alik opis, kete pakai minyak, makan lagi..gaji nan hadoooooo,tak kuasa aku nak menuggu.
lagipon aku dah takdak hati nak keje dah sebab bos aku tak pandai manage the company. sibuk hal itu ini, bisnes itu ini..sampai yang lain tunggung terbalik

takpe, think positive...aku siap2, kemas semua barang aku, aku blah!..hahahahaha
aku amik laptop company.bos aku macam terkejut nape aku amik laptop..helllooo, ini cagaran ok!
just in case ko tak byr gaji aku, aku jual laptop cabuk ko ni..DELL je pon, kalau si buah epal sedap gak nak menjual.


masa berambus tu rasa ringan gila! benda paling wat aku stress ialah pergi keje dan menghadap muka bos yang toya.tapi sekarang aku dah bebasssssss....rasa macam hummingbird terbang tinggi.cewahhhh....

so sekarang aku jobless..bersama2 laki aku wat bisnes kecik2 untuk tampung kehidupan. InsyaAllah rezeki tu rahsia Allah, aku yakin Dia akan bukakn jalan untuk kami

yang penting hati aku hepi, dok dekat ngan laki.
bila hati hepi buat apa semua seronok

Allah turunkan ujian untuk aku..takdak hal, sabar even kadang2 down jugak...thanks to my beloved hubby, penguat semangat!



Hepi merdeka...jatuh ari sabtu..br nak ngada2 cuti panjang...

Aku x sambut ari merdeka..serik dah kot nak menyelit duduk celah2 org ramai.tambah2 bila yg non malaysia pon join..yerlah dorang pon nak tumpang celebrate, tumpang tgk bunga api..

Nak join no hal,tang bau ketiak aku x tahan..aku kan bangsa pendek,duk celah2 org tinggi..memang habuan aku la..

Hahaha..oklah sempena merdeka ni jom kita merdekakan jiwa dan pemikiran sekali..jgn merdeka tang mulut je..ni pesanan utk aku sekali yer..

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Pagi tadi aku g klinik sebab mata dan muka menggatal secara mengganas...

Aku suspect allergy ayam dan bulu kucing..kan aku bela kucing.lagi aku gomol kucing lagi merenyam muka aku..
Tp dah sayang kan so bersin sikit2 no hal.
But this time around even aku tak gomol kucing aku tapi gomol laki aku ja..eh..aku tetap bersin sampai gegar katil aku..

Ada sekali aku tenyeh mata sampai bengkak mata aku sok paginya..hah kawww..risau dah smpi melampau2 imagine kot2 mata aku buta nnt...scary tp bila gatai tu aku tenyeh sampai nak tenggelam bijik mata aku.

Dah tu pagi td pegi la jumpa doktor.amik panel klinik laki aku..dktr ni... adoyaaii peramah bebenar...dia check itu ini, dia soh aku pantang..

Jgn sembur perfume..all chemical.not good
Food..be careful
Ayam..ayam is ok..masakan tu yang x ok sebab kita letak mcm2..semua chemical..mcm botol2 sos segala mak nenek tu byk chemical
Bantal..every 2 years dia suruh tukar
Aircond..not good sebab berhabuk
Pewangi keta..pon not good

Baiklah doktor..maka dengan ini ubatnya adalah dok dalam hutan..
Beli tanah tanam segala buah dan sayuran...semua fresh...
Udara segar bugar..x dak pewangi dan econ..hanya angin sepoi2 bahasa jadi penyejuk udara...

Tp mmg apa dia kata make sense..tp utk org mcm aku ingat aku nak pantang?

Errmm..nnt la aku pikirkan..heheheh


Aku tgh tunngu turn nak naiknferry...ko tgk apa aku tyoe? Akibat pakai touch keypad..memandangkan aku malas nak backspace,korang fhm2 sendrik je la..heheheh

Mula2 nak naik jambatan..sekali kete queue byknya..pastu tersiput2..so pecut la ke ferry..

Sekali kawww..sama jugak panjangnyaa..pasrah je la nokksss..ni dah 30min tggu..masuk line pon belom..

Dahla Q panjang, ada plak manusia2 gelojoh g potong Q..maka lagi lambat la turn aku nak sampai..lagi sekali pasrah je la nookkssss...

Bila nak masuk feri ni..sabar je laaaa...

rini tak g keje..dah takdak ati dah nak keje...bos ikut suka nak byr gaji ke idak..so aku pon ikut suka nak g keje ke idak.siap wat tak tau lagi..kot la nak inform bos kan..haghaam!! takpe, tolak gaji lagi bos aku suka sbb gaji aku perlu byr ckit je bulan ni..hua3

laki aku tak sihat, baik aku teman dia...petang cikit kami kuar g pos barang Collagen Vit E tu la..alhamdulillah, ada jugak sales...well, CPVE ni mmg hot selling jgk..murah dan berkesan kan...
masa nak g pejabat pos tu, lalu kat palyground depan balai bomba.tmpat aku main masa kecik dlu

pas pos barang aku ajak en.sham g playground sat, bwk si kecik loqman g main..padahal!! aku yang nak main..

playground tu dah tak macam dlu..gelungsur dah takdak. gelungsur yang dulu yang dari batu tuh..syok kot..aku kecik2 dulu tabur pasiq atas gelungsur tu pastu turun laju2 guna kotak..besh gila!!



 abaikan muka debab...

seb baik la ada laki mithali..dia la dok melayan loqman..klu aku la,kena tempik je la kejenya..sebab dia bueh ya ampun..bygkan dia naik benda ni..takde nya aku nak jaga dia...tangan tak sampai, pastu nak kena pegang budak berat ni..tak kuasa....


skang aku prefer pakai tudung bawal plain cap kangaroo je...senang! aku tak leh pakai tudung indon tu, nampak muka aku lagi bolat! dah la mmg pesen bolat...pakai tudung bawal ni ok jugak..simple but still nice..agree?!
lagipon RM5 je..murah kot..pakai sampai hancur pon takpe..no hal punya.

 

ni rumah aku dulu...aku duduk sampai aku berumur 13tahun..seronok..skang ni aku tgk umah tu semua berpagar..dulu tak berpagar pon..mendekatkan lagi ngan jiran2...pastu pokok2 banyak...

skang togel!


wah, ni first time aku raya as a wifey...ok, takde rasa apa sangat kecuali sengal2 urat sendi bila kena raya ngan umah mentua..selalunya raya ngan fmly sendirik tapi this time raya ngan fmly mentua..

family laki aku superb..besh, tapi aku rasa lain ckit, al-maklumlah first time. ni jugak rasanya raya pertama aku tak leh g masjid wat solat raya atas dasar wanita yang diberi cuti khas.cewahh...so apa lg, keje aku menyiapkan apa yang perlu kat umah mentua...

tapi macam aku cakap, family mentua aku ni superb, bukan byk sgt keje aku buat, dahla menantu ni jenis rock kan...first aku bangun, kena Q dulu nak masuk toilet..dah la time tu pulak air umah slow sebab air tangki tak kuat..masa aku tunggu turn tu, anak kak ipar aku tengah mandi...

aku tak tau mandi berapa lama, tapi kami2 kat luar ni dah terpekik2 suruh dia cepat siap pesan jgn abihkan air kolah...abih turn dia, masuk lak adik ipar aku...

abih turn adik ipar aku, baru turn aku...klu ajak laki aku mandi sekali, leh jimat time kan...tapiiiiiiii....

seb baik baju raya aku dah siap2 iron kat umah mak aku..owh, salah satu aku raya turn mak mentua sebab umah mak aku dah penuhhhhhh...takdak tmpt tidooooo..sob3..last2 balik umah mentua, sah2 ada bilik untuk kami...

masa laki aku g solat raya, aku belasah dulu nasik tomato mak aku masak..

aku: masak daging ni pedas gila eh...
kak ipar: daging? mana ada daging? ayam kot..semua ni ayam
aku: erk *tercekik tulang kat tengkok*..

maka terbuktilah kebodohan aku depan kak ipar..seb baik kak ipar aku baik ati..hahahahah

mana aku tau, daging tu hancur sampai aku nampak macam daging lembu..sekali aku yang lembu..cait!

dah siap semua, depa tak abih solat raya lagi, aku pon dah buat apa yang patut..so aku naik atas, aku tido! perfect....jaga2 laki aku dah balik...

kelam kabut pulak siap2 nak balik umah mak aku..nak salam raya...
sebelum tu raya ngan mak ayah dulu...masa nak salam pon satu hal, sedara penuh kat depan..laki aku ni selamba je ajak salam depan2 sedara dorang.m
mampuih aku takmau...last2 salam kat dalam, dekat2 dapur...

abih2 tu pecut kete lak ke umah aku..sekali depa dah gerak ke penang...raya sana..caihh!!

last2 kami pi raya umah sultan...kat istana, puas ati....tapi takdak apa sangat dah sebab depa tutup tengahari..dapat la sisa2 sikit...
boleh la dari takdak langsung..



 sila abaikan muka debab aku sebab kuar2 perut mak aku, dah terjadik pesen tu dah...

ha,,ni aku dulu..see! kecik2 dah lebar mukanya...tapi takpelah orang kata muka lebar muka awet muda *ayat pasrah*


banyak chinese..masa nak masuk istana tu, siap leh parking tepi lagi nak usha visitors..sungguh ka ini raya open house sebab tak nampak melayu..last2 nampk jugak la sekerat, so serbu masuk....

 bihun sup je yang masih banyak, yang lain dah tutup kedai...siap bungkus2 lagi...


biasalah orang kita...u buat open house, so we all g makan SAHAJA..yang kemas mestilah tuan rumah... nampak tong sampah sebelah kiri gambar...penuh!! aku tengok je, tak boleh ke after makan, korang letak dalam tong sampah baik2 or pihak tuan umah letak satu beg plastik besar senang nak buat habuan buang pinggan2 segala mak nenek...ni tak, pas makan sendawa berlahak bagus punya, cungkil gigi cikit2 pastu blah..siap bertapau eh...canggih okeh orang2 cini...

mentang2 la kami ni last2 minute je yang datang, so pakat2 tak berkemas...sampai ati u all...
samapi nak duduk pon aku kena lap ngan tisu dulu..kotor....


kawasan istana tu, tapi macam kawasan buangan je aku tengok..

laki aku makan bihun sup, air sirap, aku belasah teh tarik..ok, teh tarik dia sedap!!..adoiii, meleleh tingat2 balik... dah siap makan sendawa belahak, kami blah..amik gambar ngan kete2 istana lak..dari kete buruk sampai kete canggih mampus...so pilih...

aku nak amik gambo ngan kete idaman aku...MERC C or E class...sekali dapat kete bawah ni sebab malu nak amik kete MERC tu yang parking depan2 orang....jadiklah...


kete ni klu overhaul confirm leh join movie fast and furious 6!







pokok di kawasan istana...pokok apa eh? boleh makan ka? kang makan ka, berhalkum lak tekak aku...

tak pon terputus tangan aku sebab curi buah dari istana....


citer raya kedua nanti la yer...sebab raya pertama pon dah bosan, raya kedua pon sama naik bosan...balik dari istana, balik umah mentua, sambung tido sebab hujan....menantu rock memang macam tuh...

tapi kali ni alhamdulillah, sejak kawen aku selalu di kutuk2 orang sebab aku debab...dah nama kawen kan...hidup hepi je ada laki, memang la makin sihat walafiat...

sejak pakai lotion Oriey, perghh, aku puas ati...aku memang suka krim panas2 ni sampaikan bila tak pakai aku rasa tak puas..
kentut bersepah2...badan makin ringan, yang paling besh berat badan aku turun...
klu korang rajin, pakai krim panas meletup ni dengan korset, aku jamin badan korang lagi marveles...
aku tak pakai korset pon, aku dah dapat shape, bayangkan klu korang paki ngan korset..pastu makan lak control..pergh!! tangkap leleh aku jamin korang...

lotion Oriey leh bantu buang angin dalam badan dan mempercepatkan proses penurunan berat badan KALAU korang makan dengan cara betul...
tapi klu korang jenis melantak macam aku, insyaAllah berat badan maintain dan akan berkurang secara perlahan-lahan..paling2 idak dalam masa sebulan dah leh nampak kesan pada bentuk badan.

percayalah! tak nak percaya ok..jom cuba..RM30 je untuk sekarang ni..

sms/whatsapp/wechat(nuruleda)/line 016 445 459..kalau nak sembang2 pon boleh...aku layan je...hehehehe