setelah ditinggalkan terkontang kanting oleh suamiku demi mengharumkan nama universiti, kini suamiku ingin pulang..owh abaikan skrip jiwang ni..mode Mr. Arrogant still activated.
haaa, melampau-lampau tau pi main game sampai 10 hari..agak2 la..jiwa kacau suami2 disana dan isteri2 disini tau..if u know what i mean...hahahahah
zara: "abg cuba la balik sok..lama sangat kot. tak larat la dok sengsorang lama2.*ayat pancing je tuh*
mr.arrogant: "ha tu la..pengurus tgh cuba adjust so team kami leh balik sok"
zara: " kalau tak boleh, abg ngan ngan geng2 abg wat2 la hentak2 kaki kat lantai ker, guling2 sikit.."
mr.arrogant: " haaaaa, semalam dah buat dah.dah hentak2 kaki..siap tenyeh2 muka kat lantai mintak balik awai"
ish, meluat la aku cakap ngan mamat ni..aku wat ayat nak gempak, dia buat ayat sepoloh kali gempak..belajar dari aku ni, tapi skang dah master dari aku..tak leh jadik ni..kena g menuntu ilmu lain nih....
owh..tadi aku g sepital alor setar, teman pak long aku check mata..mata orang tua kan, dia tak nampak katanya, semua nmpk kembang je....aku sampai dalam 945am gitew..siap pkul 130pm..pffttt!!
bergerutu bontot tunggu kat luar..siap ke hulu ke hilir cari air..aku g cafe sepital tu..ermmm, tak ramai orang so tak de issue..hahaha
cuma masa beratur nak byr tu ada sorang akak ni, mai sedap dia je potong Q, macam kan dia sorang nak cepat2 bayar.aku pon nak cepat bayar gak, kematu kot dok lama2 kat sepital tuh.tapi takpe kita maafkan..jangan melaser tak tentu pasal..anggap je dia nak bwk minuman tu utk pesakit...
beli teh ais, ada la minum 4-5 hirup je..pastu ke tong sampah jawabnya..bukan tak sedap..ok lah tapi bersusu sangat aku rasa kembang je tekak aku...
tapi insaf la tengok orang2 yang datang sepital..tua-tua, makcik2 pakcik2..berkerusi roda, jalan bertongkat, capik2, cacat pon ada..ada baby g check mata jugak..nurse suluh torchlight direct to the eyes, meraung budak tu..kesian...yang datang aku tengok semua macam orang susah2..menuggu turn sampai tertido2, angkut anak sekali pon ada...seb baik nurse kat situ aku nampak ala2 ramah, sejuk la sikit hati pesakit ni kan..terasa la seperti dihargai..
macam pak long aku, dia kata mata dia dah tak leh nampak elok dah, jalan pon rasa macam goyah je..doktor cakap mata tu takleh watpe dah..just titik ubat dalam mata dan doktor mintak datang balik bulan 3 thn depan! pak long aku ni datang dari kulim naik bas..alone..umur 70++ kalau tak silap...insaf sekejap aku...
aku terpikir, macam mana hari tua aku nanti.. harap umur aku dan suami aku panjang dan sihat sejahtera...InsyaAllah