tengah2 malam ni tetiba aku rasa nak meluah perasaan...hua3...macam sedih je kan tapi nan hado ponn...
dok umah melayan tenet..layan lagu industan, sambil type smbil bahu goyang, sambil tunjuk2 langit..tapi tajuk entry islamic... ke lautttt!!!
aku ni bukan lah orang yang baik mana..tapi aku cuba jadi baik dan aku choose to be good... aku ni orang yg selalu melayan perasaan negatif aku.. contoh macam penat dan malas..aku suka layan...aku menggalakkan tumbesaran sifat malas dan penat aku tuh...
hasilnya, aku jd manusia yang terlalu byk berfikir dan emosional..aku nyer emo ni aku leh wat seseorang berdarah ngan aku.. i'll make sure i nail his head straight to the wall... yes, aku baran..tapi alhamdulillah suami aku penyabar ya ampun eventhough kadang2 terjadi jugak aksi Kung Fu hustle di situ...biasalah, p.ramlee pon ckp...sedangkan lidah lagi tergigit...
tp apa aku buat, aku cuba dekatkan diri dengan Allah...mula2 aku tak percaya solat dan Quran leh sejukkan dan tenangkan ati aku...aku manusia lemah, aku terlalu bg peluang setan2 hasut aku..
hasilnya aku solat main2...janji solat..dlu lagi la..klu mak aku bising soh aku solat, siap!! paksa aku yer, aku amik air smyg, aku solat laju2...baca Al-fatihah pon tunggan langgang...lantak!!! tp skang sapa rugi?
mak aku?
Allah?
aku la rugi sengal!!! klu pas solat tu aku mati??!! ha silalah menghadap malaikat eh....
skang Alhamdulillah...segala ujian yang Dia bagi sebenarnya Dia nak aku sentiasa dekat ngan Dia.. aku baca Quran, aku lawan perasan malas aku...
MasyaAllah...aku rasa tenang sangat2 eventho aku dalam keadaan stress dan ada masalah... masalah tak selesai pon tapi ati tenang... ya Rabbi... so bila ati tenang, masalah akan selesai tak? of kos akan selesai sbb otak ko dalam keadaan tenang so korang leh berfikir untuk mecari solution..
satu kisah aku cilok dari pakcik gugel:
terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi
muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak
ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari
itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah
sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga,
maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
bukan senang nak Redha...aku sendrik tercari2 apa itu redha..macam mana nak redha..tp aku akan cuba dan terus cuba..
thanx to my lovely hubby, dia penguat semangat aku..biar pon dia jatuh terduduk banyak kali, tak pernah sekali aku tengok die terus duduk dan merintih..
biar orang mengata, hina dan tuduh dia bukan2...takde aku tengok dia termakan ngan kata2 orang jijik tuh..
suami aku sentiasa bangun dari jatuh dan tak pernah putus asa... usaha? dia berusaha macam kan dia akan hidup 1000 tahun lagi.. demi nak senangkan isteri dia dan family dia, dia sanggup bersusah payah..
hati dia sedih? dia takan sekali-kali tunjuk yang die tengah susah hati... aku isteri dia, aku boleh nampak.. tapi cekalnya dia bermakna cekalnya aku...
suami isteri dicipta di syurga..aku nak jd bidadari dia di syurga, yang sambut dia dengan senyuman... biarlah kat dunia kami diuji, yang aku nak balasan di akhirat nanti..
aku baru berumah tangga, byk lagi nak kena belajar...alhamdulillah, aku dah jumpa nakhoda kapal yang boleh bawak aku ke destinasi yang kami nak...
destinasi yang kami pilih
destinasi yang kami impikan...
aku hargai suami aku (even kadang2 bila gaduh, aku sentiasa nak menang..bila nak menang, masa tu dah lupa dah tempat isteri kat mana...wakakakakak)... aku tak tau apa isi hati dia kadang2...
suami ni kadang2 telan je pahit2 kehidupan ni... janji isteri bahagia...
aku jugak tak tau apa dia buat demi nak balik jumpa aku kast cni sebab aku perlukan dia...lantak la die dok dalam jamban pon..janji aku tau dia ada..serta merta sakit singa lapaq aku hilang...
kadang2 kita lupa nak hargai orang yang sayang kita.....sampailah satu masa kita hilang dia dan kita takan dapat balik dah...
masa tu dah takde peluang lagi dah kita nak sesal.... ari2 menangis pon tak guna jugak...
kadang2 aku tgk gambar tmpt keje dia..aku sedih sgt.. aku terpkir mcam mana la dia kat tmpt keje? demi nak dapatkan duit untuk sara dan bayar itu ini...
kita ni tahu meminta je kan kadang2 tu..tp ada tak kita pikir susah nya dia nak jadikan sesuatu tu kenyataan...
kadang2 aku tengok muka dia masa tidur, aku terpkir mende apa la dalam pala dia ni..nak je aku korek2...nak kongsi kate nyerrrrrrr.....
tapi takpe, InsyaAllah, dengan izin Nya, aku dan suami aku akan sampai ke pelabuhan yang kami idamkan sangat2...aku percaya dengan adanya suami aku di sisi aku dan adanya aku disisi suami aku, dan adanya Allah yang sentiasa dengan kami...kami percaya yang mustahil semuanya boleh jadik tak mustahil....
angan2 dan impian akan jadik kenyataan dengan adanya suami aku yang Allah pinjamkan untuk aku...
seburuk-buruk aku, tak pernah satu saat aku tak mencuba untuk jadik sebaik-baiknya isteri... dan aku pasti hari tu akan tiba....
aku nak jadik baik..
aku nak jadi isteri yang baik
aku nak jadik ketua bidadari syurga buat suami aku
insyaAllah....