dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku tak boleh consume Pure Marine Collagen...i mean any collagen sbb terbukti aku adalah alah kepada beliau...
kenapa? sebab each time aku consume those collagen, automatic aku akan gatai tekak dan muka...it is a signal that the collagen is not for me..so please, no more collagen...
aku jumpa supplier produk aku (Oriey) which aku lom lagi launch kat blog aku..later yer sayang... bos aku kat opis dok kejan soh follow up ngan customer Hong Kong yang kemungkinan besar akan engage ngan Nebula which cost USD90,000....okeh sempat promote company aku...keh3...
balik ke landasan cerita asal eh.... dia cakap (malah pakar yg berkaitan pon cakap), collagen ni bukan boleh dimakan...maksudnya collagen ni perlu dicetuskan oleh sesuatu macam marine collagen tu...collagen ni dihasilkan oleh badan so those collagen yang kita consume tu akan trigger badan kita ni utk hasilkan collagen... sbb tu sapa2 yang makan collagen serbuk ka, collagen rebus ke..yang sesuai ngan badan, kulit dorang cantik2 belaka...sbb badan dah hasilkan collagen...
malangya sapa2 yang alergi ngan seafood, tak sesuai untuk consume kolagen ni..so janganlah gagah nak minum jugak eh...macam aku, gagah g beli sampai 4 packet kolagen rebus...sekali tak leh makan..haaa kaaauuuu, aku diam je tak nak kecoh2 ...kang laki aku dia wat ceramah motivasi..tak kuas aku nak dengar ceramah versi ustaz Donnnnlllllll.....lllllaaahhhhhh....
korang leh cuba Vit C jugak...pon baik utk imunisasi badan dan kulit...
lagi satu, dia jugak ada cakap ubat untuk penyakit2 adalah dari seribu bunga...ko ckp mana ko nak cekat
seribu bunga buat ubat?? sebab tu Allah jadikan tebuan...dan jadikan
madu dari tebuan.
madu memang dah sah2 ubat paling berkhasiat untuk perlbagai penyakit...Quran tu dah sebut dalam surah An Nahl (Lebah) , ayat 68-69
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ
ذُلُلاً۬ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ
فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬
يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)
Aku ada jumpa sorang ustazah ni, dia run bisnes perawatan Islam..dia cakap dia hanya gunakan madu sebagai ubat..
MasyaAllah, dia cakap klu kita betul2 percaya dengan Allah, dengan izinNya sembuhlah penyakit..
sebab tu sapa2 yang amalkan madu, tubuh badan orang tu sentiasa akan sihat... nak consume collagen or vit c or any supplement, tak salah... kita ni manusia, dah lumrah bila kita cuba sesuatu kita nak hasil cepat...
kita nak hasil yang mata kita dan mata orang lain nampak.. kita nak bile kita pakai or makan sesuatu, orang leh nmpk kesan serta-merta.. seronok orang puji2 kita...
"eh ko makin slim la weh"
"weh, cantiknya kulit ang. berseri and glowing tu. jerawat pon takde"
jangan tipulah..sebab aku pon macam tu...so kita lupa dengan kelebihan madu yang terang2 Quran ada sebut kebaikannya...
kita lupa kita sebenarnya perlu tubuh badan yang sihat..bukan kulit yang sihat.
apa guna ada kulit sihat, tp dalaman korang makin sakit...
klu dalaman sihat, yang luaran korang tak yah risau apa dah...
Allah Maha Kuasa...