tadi datang mood rajin.mungkin semalam ada moment indah kot...wakakakakakak!!!

aku kemas luar umah, aku cabut rumput dan pokok..pokok ke yang kecik cenonet tu. ntah, aku tanam rumput karpet, tapi ada jugak yang nak menumpang. so aku cabut..nyemak je...

masa dok cabut2 tu, aku nampak ulat kecik2, macam ulat apa eh nak kata. tapi die gerak sekali. macam mana nak cakap, ulat tu warna tanah tapi jernih dan pala itam, pastu dorang ni melekat to each other dan gerak sekali, geli weh..aku type ni pon terpacak abih bulu2 yang ada kat badan aku ni..eeeiii geli!

ulat apa ntah, pes time tgk. selama ni dok umah tinggi, sekali dok umah atas tanah macam2 lak aku jumpa.haissshhh..so memandangkan pala otak aku ni terlalu advance, pikir macam2, ulat tu nnt masuk umah la, wat sarang la, naik atas kaki aku ler..yada yada yada...

RIDSECT terus! aku sembur sampai mampus!..ada sekor meletik2 pon aku sembur sampai berasap muka aku.kucing aku pon lari bersepah tgk tuan dia. tu pon tak puas ati, aku sembur lak ngan air...pastu tak tau apa jadi, aku tak tgk dah..geli..anggap je dorang dah mampus.

aku try gugel,tapi tak gamak nak tgk gambo ulat lama2..kang aku tak makan nasik kang...

weh, aku tanam pokok sirih, hidup!! kuar tunas dah..hahahah.selama ni aku pikir tangan aku ni ada api, asal pegang pokok je mampus, asal pegang pokok je meninggal. rupanya idak.alhamdulillah..aku suka sirih sebab nak buat habuan basuh girlgirl...tak faham girlgirl tu apa? tak faham sudah! mihmihmih



labah2 sedang aktif membuat sawang kat blog..walaweii, gila malas nak update blog sejak2 ada instagram..

huahuahaua..salahkan instagram yer.

aku kan tak keje skang, so skang jual lotion dan bercadang nak buat kek or cookies. i love baking, but i hate cleaning up things after baking. so satu hari nnt aku berjaya InsyaAllah aku announce jawatan kosong untuk tukang cuci pinggan mangkuk nooo. keh3...

ni cuti sekolah ni anak sedara aku mai kedah, bawak la g Bukit Wang. nak swin sangat kan, aku bawak g dalam hutan, mandi la kat situ. tempat aku berkelah ngan family masa kecik2 dulu. syok woo dlu, tgk air dalam je dulu.skang dah besar panjang(panjang ke aku?) tgk tempat dlu hokaloh cetek je..paras dada itik je

anak sedara aku si Loqman tu kan pakai pampers, aku ingat nak suruh main2 kat gigi air je, setakat basah sikit2 no hal la..sekali dia menjunam jatuh, abih basah..dah berendam tu, budak kecik ni dok pegang2 pampers, berat masuk air rupanya...aku bukak pampers dia, sekali haaa kau, patut kawan tu jalan itik. penuh ngan air sampai kembang!

nasib la ikan2 dalam tu, telan air kencing budak kecik tu..wakakakak!!









setelah ditinggalkan terkontang kanting oleh suamiku demi mengharumkan nama universiti, kini suamiku ingin pulang..owh abaikan skrip jiwang ni..mode Mr. Arrogant still activated.

haaa, melampau-lampau tau pi main game sampai 10 hari..agak2 la..jiwa kacau suami2 disana dan isteri2 disini tau..if u know what i mean...hahahahah

zara: "abg cuba la balik sok..lama sangat kot. tak larat la dok sengsorang lama2.*ayat pancing je tuh*
mr.arrogant: "ha tu la..pengurus tgh cuba adjust so team kami leh balik sok"
zara: " kalau tak boleh, abg ngan ngan geng2 abg wat2 la hentak2 kaki kat lantai ker, guling2 sikit.."
mr.arrogant: " haaaaa, semalam dah buat dah.dah hentak2 kaki..siap tenyeh2 muka kat lantai mintak balik awai"

ish, meluat la aku cakap ngan mamat ni..aku wat ayat nak gempak, dia buat ayat sepoloh kali gempak..belajar dari aku ni, tapi skang dah master dari aku..tak leh jadik ni..kena g menuntu ilmu lain nih....

owh..tadi aku g sepital alor setar, teman pak long aku check mata..mata orang tua kan, dia tak nampak katanya, semua nmpk kembang je....aku sampai dalam 945am gitew..siap pkul 130pm..pffttt!!

bergerutu bontot tunggu kat luar..siap ke hulu ke hilir cari air..aku g cafe sepital tu..ermmm, tak ramai orang so tak de issue..hahaha

cuma masa beratur nak byr tu ada sorang akak ni, mai sedap dia je potong Q, macam kan dia sorang nak cepat2 bayar.aku pon nak cepat bayar gak, kematu kot dok lama2 kat sepital tuh.tapi takpe kita maafkan..jangan melaser tak tentu pasal..anggap je dia nak bwk minuman tu utk pesakit...

beli teh ais, ada la minum 4-5 hirup je..pastu ke tong sampah jawabnya..bukan tak sedap..ok lah tapi bersusu sangat aku rasa kembang je tekak aku...

tapi insaf la tengok orang2 yang datang sepital..tua-tua, makcik2 pakcik2..berkerusi roda, jalan bertongkat, capik2, cacat pon ada..ada baby g check mata jugak..nurse suluh torchlight direct to the eyes, meraung budak tu..kesian...yang datang aku tengok semua macam orang susah2..menuggu turn sampai tertido2, angkut anak sekali pon ada...seb baik nurse kat situ aku nampak ala2 ramah, sejuk la sikit hati pesakit ni kan..terasa la seperti dihargai..

macam pak long aku, dia kata mata dia dah tak leh nampak elok dah, jalan pon rasa macam goyah je..doktor cakap mata tu takleh watpe dah..just titik ubat dalam mata dan doktor mintak datang balik bulan 3 thn depan! pak long aku ni datang dari kulim naik bas..alone..umur 70++ kalau tak silap...insaf sekejap aku...

aku terpikir, macam mana hari tua aku nanti.. harap umur aku dan suami aku panjang dan sihat sejahtera...InsyaAllah