few weeks back ex-housemate aku datang meronggeng rokiah sama aku. plannya dia nak mai penang dok kat umah sewa aku yang kat penang tu. So dia beli tiket flight mai penang on Decermber, tapi dia beli in July. beli awal kan murah. tapi mmg murah pon. RM98 pergi balik...huh, murah bangat naik Firefly.

tapi nak jadi cerita aku resign bulan 8..hah, nak tak nak die kena mai la umah aku kat Kedah ni. takpelah takde rezeki nak melepak seminggu kat penang. tapi Alhamdulillah en.suami bagi izin kat aku g teman member aku ni ke Penang..bhahahahaha...suami bagi izin, yabadabeduuuuuuuuuuuuuuuuu..




"tapi ingat sikit b tu dah jadi isteri abg. Jangan dok tak tentu hala sangat" yerlah yerlah..


tapi mende sangat aku nak yabadabedu kat penang tu.aku dok since 2009 sampai 2013..nak muntah dah aku tgk penang tu..so, aktiviti kitaorang ritu makan,makan,makan...sekali tu g tengok wayang kat Gurney Plaza, citer Frozen.

sebelum enjoy dalam wayang, beli bahan melantak dulu. amik kaw2 punya macam kan tak makan seminggu.

abih movie tu kitaorang kuar ikut pintu masuk sebab emergency nak ke toilet.takde maknanya nak ikut haluan exit kat bawah tu, mau bersepah kang. masa kuar aku follow belakang member aku. aku tgk ada benda putih melekat celah bontot kawan aku..panjang dan keras gitu..terjojol kuarnya..

aku terus cover bontot dia sebab belakang kitaorg ada bangla cleaner 2-3 orang, taknak la depa nampak..pastu aku cepat2 lari cabut benda tu..member aku melompat terkejut.



TISU!!!




aku bantai gelak bergegar wayang tu..pedulik la..apa ke sengal kawan aku ni.yakin gila jalan kuar tapi tak perasan tisu kuar celah bontot! bongok siot, tisu wayang kan jenis keras tu.betul terpacak kuar dari bontot and so obvious....

terus tingat cite lawak ni:



Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi….bip…bip….bip…. Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, “Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set….” Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.
Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.
panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp…”
Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, “oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan telefon
Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian…”Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni…?” Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah
kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya…”kertas apa yang terjuntai kat celah tu…?”
Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer….”Oh saya baru terima Fax……”

taza, aku tak tau pon ko tanam mesin fax kat bontot ko! wakakakakakakkk....


laki aku ni ada satu peel suka sangat TERtido kat hall. sebab dia ni megik..even tengah sembang ngan aku dalam tepon pon tetiba aku dengar dia berdengkur...see, dalam aku dok pot pet pot pet tu..aku jerit la ABANGGGGGGGGGGG!!! HHHOOOIIIII!!...takde kesan, maka aku letak je la tepon,layan tenet lagi bagus.

kadang2 pegang phone tgh browsing tenet, tup2 aku tengok tepon tu slowlyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy menyeget...bhahahahaha, time ni aku suka menyakat dia...

tak pernah aih aku jumpa orang megik macam dia. bila aku bebel2 dia jawab nak wat macam mana, dia TERtido, tak leh elak...aku cakap bila rasa nak tido cepat2 masuk bilik, ni tak biar aku tido kawal katil sorang2...nak jugak rasa kaki atas perut dia, baru nikmat tido tu terasa.

bila aku suruh masuk bilik, dia cakap dia nak tgk TV. tapi tak sedar2 yang TV dok tgk dia selama ni. ada sekali tu aku jaga pukul 330am tgk bagus punya tv terpasang yang dia mimpi indah dah..aku panggil dia patpolohpat kali, dia terkejut terus bangun pegang bantai...bangun terus eh, mcam suara aku petir lak kan...

pastu pandai pon masuk bilik...menonong cari port melanding...

sok paginya:

suami :     abg terkejut sangat semalam masa b gerak abg?
isteri  :      awat? suara b kuat sangat eh?
suami :     dakkkkkkk, abg nampak ibu tebuan mai gerak abg...





































BHAHAHAHAHAHAA....LAWAK KASAQ NAMPAK!!!!

baju ni aku pakai malam tu..mentang2 la kuning itam kannnn!

ritu kawan aku taza tetiba wechat aku kasik gambar2 lama kitaorang...time study zaman uitm dulu...

tengok2 balik kelakar...cepat je masa berlalu. dulu aku terkenal dengan suka ilang dari kelas. sampai bila lecturer panggil nama aku bebudak laki durjana ni jerit2 dalam dewan "drop drop!"

hotak ko sejak bila aku drop subject..hempok kang!

dan aku yang paling vogue! vogue mende sangat, pakai lipstik dan high heels je. orang pakai baju kurung aku pakai skirt labuh + blouse. tu pon jadi isu sebab pakai heels.. tapi last2 korang jugak pakai heels dan lipstik kannnnnnn...well, aku tak kisah. janji kita kawan..

siap ada club "bujang" lagi..kekononnya no boifren la..ada tag eh..gantung ngan student card. gilo ke ape..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU PRESIDEN CLUB TU! hhahahahaha. 
Vongok..tak kelakor!


kat cameron highland. buat report pasal how they process the tea leaves.


muka tenuk masing-masing..

annual dinner....geng buat persembahan ni yer... kiri sekali tu la taza, penyanyi..yang lain menari ala kayu! lagu siti nurhaliza...tajuk lupa..

masa present thesis kot...

masa kelas...bergambo dulu............

seronoknya dok kat kedah ni selain dari dok bawah ketiak en.suami, ialah pemandangan sawah padi dia yg menghijau gitewww *addoiii, mata pedih pi tenyeh ngan tangan bau cabai..pedih hoiii*

sambung balik citer..dah lama aku tingin turun ke batas sawah dan amik gambo yang nampak hijau2..aku kan suka hijau...mendamaikan...tu la kan suami kalau dah sayang isteri hargai la dia sebaik2 nya...erk, pesanan utk aku jugak. dia bawak aku g turun sawah..hahahahha

suka!!!! pandai dia cari port...tak terpikir lak aku nak bergambar kat kawasan tu.




abaikan muka yang macam coq badak tu..sebab tu aku tak suka pakai tudung awning dah skang..baik pakai tudung bawal or shawl je..senang....

owh..bila citer pasal tudung,tingat aku g inteview utk sales manager kat hotel ni. yang tebiu aku ni director dia lah..sempoi je..macam kawan2 je..dia bg tips la how the job will look like, what i need to do bla bla bla..

mai tang satu part dia cakap "tudung tu nnt kena la ubah sikit"...aku ingat sebab aku selempang sampai nampak dada, so nak kena bersopan lagi sebab hotel tabung haji kan..

sekali dia kata "bukan tutup dada, pakai la yang STYLO sikit" 

amik, aku bantai gelak depan dia....yerlah, pandai kan g tebiu pakai tudung cap kangaroo RM5...keh3. sejak bersuami ni, aku dah malas dah nak vogue macam dulu. first en.suami tak izin la kan. second aku rasa macam sempoi sangat je padahal bukan ke mana pon. dok kat pekan Jitra je pon..so t-shirt sudeyyyyy

tu pon mak aku bising, dia kata sejak aku kawen aku tak jaga penampilan..*pang!!!* takut mata laki sakit...hahahahah...

tapi aku rasa tak dapat kot keje tu..hahahha,takpe aku percaya rezeki Allah.mesti ada hikmah yang tersembunyi.


minggu lepas aku ngan hubby g Johor. bantu abg aku wat bisnes dia. dia minat nak bisnes kuih loyang. kat sana tak panggil kuih loyang, dorang istilahkan kuih GOYANG or kuih ROSE. aku tak tau eh...pes time tahu ni.masa nak pergi tu, aku bgtau kawan aku shikin, aku nak g johor nak meniaga loyang. kawan aku ni pon support ye ye je tau.

masa pergi tu aku ni kononnya nak give support la to my brother staff. sekali kaw, staff dia lagi kebabom dari aku.  aku bgtau hubby "abg, jom kita balik. budak ni lagi kecoh dari kita" ngah3..

kitaorg g kedai to kedai la. setakat nak wat muka tebal 3 inci, InsyaAllah takde hal even staff abg aku ketebelannya adalah 10inci. pheww! siap amik gambo letak kat fesbuk. promo katakan. masa aku upload kat fesbuk tu la si shikin ni leave comment kat fesbuk " lah, ang buat kuih loyang ka. aku ingat loyang buat kuih!"

ingat aku je salah cakap, staff abg aku pon sama. kawan2 dia ingat dia nak jual loyang buat kuih..kah!



75 kotak in total. patah pinggan yer tolak, angkat, letak!


kuih loyang ni kilang dia kat Aloq Setaq ja. lainnya kuih loyang ni sebab dia dibuat dari madu + bijan. tapi rangup rapuh wa cakap sama lu. kalau ko makan sambil2 tgk tv, sekejap je abih. mmg leka..kuih loyang berhantu...so tak yah tunggu hari raya baru nak menggagau cari kuih loyang ni. santai2 pon boleh wat makan. sapa2 nak try g cari area JB, in planning nak masuk daerah lain. tapi at the moment byk kat JB la.

nah, ini namecard geng2 Johor. Try kol Lynn tu dulu, tak dapek, baru kol number bawah2 tu


tapi bukan senang yer nak mula bisnes ni. kalau hati tak kental, muka tak mcam roti canai 10inci, jgn harap leh bertahan. aku g macam makcik2 jual kuih tu..dalam plastik merah besar gantung kat tangan..jalan ke kedai2...promo satu2. time tu hubby aku dan staff abg aku ada..so ketebalan muka 10inci tu dikongsi bersama. kitaorg siap masuk kedai cina pekuang mana ntah, siap tak layan lagi eh...siap cakap "TAK MAU" depan2 staff2 indon dia..staff dia gelak2 je...takpa2..wa no hal...cabara beb cabaran!

tapi stafff abg aku kan rawk, dia balas balik secara lemah lembut "takpe uncle, u tak mau takpe.i kasik u jgk FREE. ini name card i. kalau u takmau u jangan buang depan i tau, u buang belakang i.TQ"

kah! aku bantai gelak..orang berbudi kita berbahasa, orang takde budi, kita bahasakan dia...hambek pantun aku..keh3.tapi dia je la aku jumpa yang moody pon. yg lain very good..

sentiasa think positive, yang bulat tak dtg golek2, yang pipih tak datang layang2..