tengah2 malam ni tetiba aku rasa nak meluah perasaan...hua3...macam sedih je kan tapi nan hado ponn...

dok umah melayan tenet..layan lagu industan, sambil type smbil bahu goyang, sambil tunjuk2 langit..tapi tajuk entry islamic... ke lautttt!!!

aku ni bukan lah orang yang baik mana..tapi aku cuba jadi baik dan aku choose to be good... aku ni orang yg selalu melayan perasaan negatif aku.. contoh macam penat dan malas..aku suka layan...aku menggalakkan tumbesaran sifat malas dan penat aku tuh...

hasilnya, aku jd manusia yang terlalu byk berfikir dan emosional..aku nyer emo ni aku leh wat seseorang berdarah ngan aku.. i'll make sure i nail his head straight to the wall... yes, aku baran..tapi alhamdulillah suami aku penyabar ya ampun eventhough kadang2 terjadi jugak aksi Kung Fu hustle di situ...biasalah, p.ramlee pon ckp...sedangkan lidah lagi tergigit...

tp apa aku buat, aku cuba dekatkan diri dengan Allah...mula2 aku tak  percaya solat dan Quran leh sejukkan dan tenangkan ati aku...aku manusia lemah, aku terlalu bg peluang setan2 hasut aku..

hasilnya aku solat main2...janji solat..dlu lagi la..klu mak aku bising soh aku solat, siap!! paksa aku yer, aku amik air smyg, aku solat laju2...baca Al-fatihah pon tunggan langgang...lantak!!! tp skang sapa rugi? 

mak aku?

Allah?

aku la rugi sengal!!! klu pas solat tu aku mati??!! ha silalah menghadap malaikat eh....

skang Alhamdulillah...segala ujian yang Dia bagi sebenarnya Dia nak aku sentiasa dekat ngan Dia.. aku baca Quran, aku lawan perasan malas aku...

MasyaAllah...aku rasa tenang sangat2 eventho aku dalam keadaan stress dan ada masalah... masalah tak selesai pon tapi ati tenang... ya Rabbi...  so bila ati tenang, masalah akan selesai tak? of kos akan selesai sbb otak ko dalam keadaan tenang so korang leh berfikir untuk mecari solution..

satu kisah aku cilok dari pakcik gugel:

terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

bukan senang nak Redha...aku sendrik tercari2 apa itu redha..macam mana nak redha..tp aku akan cuba dan terus cuba..

thanx to my lovely hubby, dia penguat semangat aku..biar pon dia jatuh terduduk banyak kali, tak pernah sekali aku tengok die terus duduk dan merintih..

biar orang mengata, hina dan tuduh dia bukan2...takde aku tengok dia termakan ngan kata2 orang jijik tuh.. 

suami aku sentiasa bangun dari jatuh dan tak pernah putus asa... usaha? dia berusaha macam kan dia akan hidup 1000 tahun lagi.. demi nak senangkan isteri dia dan family dia, dia sanggup bersusah payah..

hati dia sedih? dia takan sekali-kali tunjuk yang die tengah susah hati... aku isteri dia, aku boleh nampak.. tapi cekalnya dia bermakna cekalnya aku...

suami isteri dicipta di syurga..aku nak jd bidadari dia di syurga, yang sambut dia dengan senyuman... biarlah kat dunia kami diuji, yang aku nak balasan di akhirat nanti..

aku baru berumah tangga, byk lagi nak kena belajar...alhamdulillah, aku dah jumpa nakhoda kapal yang boleh bawak aku ke destinasi yang kami nak...

destinasi yang kami pilih

destinasi yang kami impikan...

aku hargai suami aku (even kadang2 bila gaduh, aku sentiasa nak menang..bila nak menang, masa tu dah lupa dah tempat isteri kat mana...wakakakakak)... aku tak tau apa isi hati dia kadang2...

suami ni kadang2 telan je pahit2 kehidupan ni... janji isteri bahagia... 

aku jugak tak tau apa dia buat demi nak balik jumpa aku kast cni sebab aku perlukan dia...lantak la die dok dalam jamban pon..janji aku tau dia ada..serta merta sakit singa lapaq aku hilang...

kadang2 kita lupa nak hargai orang yang sayang kita.....sampailah satu masa kita hilang dia dan kita takan dapat balik dah...

masa tu dah takde peluang lagi dah kita nak sesal.... ari2 menangis pon tak guna jugak...

kadang2 aku tgk gambar tmpt keje dia..aku sedih sgt.. aku terpkir mcam mana la dia kat tmpt keje? demi nak dapatkan duit untuk sara dan bayar itu ini...

kita ni tahu meminta je kan kadang2 tu..tp ada tak kita pikir susah nya dia nak jadikan sesuatu tu kenyataan...

kadang2 aku tengok muka dia masa tidur, aku terpkir mende apa la dalam pala dia ni..nak je aku korek2...nak kongsi kate nyerrrrrrr.....

tapi takpe, InsyaAllah, dengan izin Nya, aku dan suami aku akan sampai ke pelabuhan yang kami idamkan sangat2...aku percaya dengan adanya suami aku di sisi aku dan adanya aku disisi suami aku, dan adanya Allah yang sentiasa dengan kami...kami percaya yang mustahil semuanya boleh jadik tak mustahil....

angan2 dan impian akan jadik kenyataan dengan adanya suami aku yang Allah pinjamkan untuk aku...

seburuk-buruk aku, tak pernah satu saat aku tak mencuba untuk jadik sebaik-baiknya isteri... dan aku pasti hari tu akan tiba....
 


aku nak jadik baik..

aku nak jadi isteri yang baik

aku nak jadik ketua bidadari syurga buat suami aku

insyaAllah....





dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku tak boleh consume Pure Marine Collagen...i mean any collagen sbb terbukti aku adalah alah kepada beliau...

kenapa? sebab each time aku consume those collagen, automatic aku akan gatai tekak dan muka...it is a signal that the collagen is not for me..so please, no more collagen...

aku jumpa supplier produk aku (Oriey) which aku lom lagi launch kat blog aku..later yer sayang... bos aku kat opis dok kejan soh follow up ngan customer Hong Kong yang kemungkinan besar akan engage ngan Nebula which cost USD90,000....okeh sempat promote company aku...keh3...

balik ke landasan cerita asal eh.... dia cakap (malah pakar yg berkaitan pon cakap), collagen ni bukan boleh dimakan...maksudnya collagen ni perlu dicetuskan oleh sesuatu macam marine collagen tu...collagen ni dihasilkan oleh badan so those collagen yang kita consume tu akan trigger badan kita ni utk hasilkan collagen... sbb tu sapa2 yang makan collagen serbuk ka, collagen rebus ke..yang sesuai ngan badan, kulit dorang cantik2 belaka...sbb badan dah hasilkan collagen...

malangya sapa2 yang alergi ngan seafood, tak sesuai untuk consume kolagen ni..so janganlah gagah nak minum jugak eh...macam aku, gagah g beli sampai 4 packet kolagen rebus...sekali tak leh makan..haaa kaaauuuu, aku diam je tak nak kecoh2 ...kang laki aku dia wat ceramah motivasi..tak kuas aku nak dengar ceramah versi ustaz Donnnnlllllll.....lllllaaahhhhhh....

korang leh cuba Vit C jugak...pon baik utk imunisasi badan dan kulit...

lagi satu, dia jugak ada cakap ubat untuk penyakit2 adalah dari seribu bunga...ko ckp mana ko nak cekat seribu bunga buat ubat?? sebab tu Allah jadikan tebuan...dan jadikan madu dari tebuan.

madu memang dah sah2 ubat paling berkhasiat untuk perlbagai penyakit...Quran tu dah sebut dalam surah An Nahl (Lebah) , ayat 68-69 

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

Aku ada jumpa sorang ustazah ni, dia run bisnes perawatan Islam..dia cakap dia hanya gunakan madu sebagai ubat..

MasyaAllah, dia cakap klu kita betul2 percaya dengan Allah, dengan izinNya sembuhlah penyakit..

sebab tu sapa2 yang amalkan madu, tubuh badan orang tu sentiasa akan sihat... nak consume collagen or vit c or any supplement, tak salah... kita ni manusia, dah lumrah bila kita cuba sesuatu kita nak hasil cepat...

kita nak hasil yang mata kita dan mata orang lain nampak.. kita nak bile kita pakai or makan sesuatu, orang leh nmpk kesan serta-merta.. seronok orang puji2 kita...

"eh ko makin slim la weh"

"weh, cantiknya kulit ang. berseri and glowing tu. jerawat pon takde"

jangan tipulah..sebab aku pon macam tu...so kita lupa dengan kelebihan madu yang terang2 Quran ada sebut kebaikannya...

kita lupa kita sebenarnya perlu tubuh badan yang sihat..bukan kulit yang sihat.

apa guna ada kulit sihat, tp dalaman korang makin sakit...

klu dalaman sihat, yang luaran korang tak yah risau apa dah...

so apa kata kita amalkan madu..telan setiap pagi...tgk apa dia boleh buat kat badan korang...

Allah Maha Kuasa...





okeh kat atas ni testimoni dari customers aku sendrik...pelan2 aku kutip testimoni..tak nak cilok2 yang kat pakcik gugel...nak cilok boleh tapi aku pon tak pasti dorang pakai sungguh ka Collagen Vit E..ada je pakai produk lain or even worse muka dorang dah mmg lawa tapi claim kulit lawa sbb produk XYZ....tak aci la kan...so aku tunggu customers aku bg feedback...tak byk tapi ada la..pelan2 aku wat my own records nnt...

skang ni orang sanggup wat apa je demi nak lariskan produk masing2.. macam produk collagen minum tu, apa eh nama dia...penat2 kawan tu dapatkan testimoni..tup2 masuk dalam FB, tokey produk ni jmpa gambar testimoni customer dia diplegiat oleh org yg tak bertanggungjwb. claim that kulit orang tu cantik sebab pakai produk dia (pon serbuk collagen mende ntah).. tak seronok la kan. cer la jujur.. insyaAllah berkat usaha kita tu nanti.. 

macam aku..teruk gak mula2 nak upkan bisnes. mmgla jual collagen je..untung pon cipot..customers pon tak ramai mana... paling teruk laki aku la..dia yang wat marketing, aku cuma tukang tanya je..

"ok tak abg?...ada org tanya abg? up fesbuk tak abg?..yadayadayadayada"....

tp alhamdulillah la, pelan2 kami daki naik...pelan2 kami ada return customers...to all my customers terima kasih byk2 sayang2 ku...thanx for ur support..
so even barang ni murah, Alhamdulillah mostly semua sesuai ngan kulit dan kasik kulit dorang berseri-seri sempena nak raya ni...

Ada jugak customers aku kasik tahu..ada tmpt yang jual sampai rm80-rm100..Man!!! kayo ko jang!!

tapi marilah kita pikir positif, yang jual mahai tu maybe sbb dia pon dpt harga mahal dari supplier..adat berniaga mesti nak ada untung...so dia upkan ckit harga untuk makan dia...kan kan kan...

untuk aku, aku dah jumpa lobang cantik..harga pon aku kasik yang cantik kat korang...korang suka takkkkkkkkkk???!!

 harga aku kasik still RM20 exclude postage... pastu ada yang tanya ada jual sabun sahaja tak? ada sayang...aku faham sabun cepat abih..

so untuk sabun aku kasik rm8 seketoi....exclude postage yer...

klu berminat, moh kita gossip2 kat whatsapp/sms/wechat (ID: nuruleda)...0164454591